Assalamualaikum W.B.T..
Alhamdulillah~Rezeki dri Allah..stlh lma aq mnnti akhirnya dpt jgak pnggiln tmudga bidng yg aq mnat..
Allah Maha Pemurah..so u all cmna??Blum dpt twrn lgi??
hmm..this is what i want to share today..
Skrg ni pljr2 lpsn spm smuanya cbuk cek pnggiln tmudga..ada yg dpt ada yg x dpt..yg dpt syukurlh kpd Allah..tp yg x dpt jgn plak sdih2 ya..sbnrnya skrg ni hnya pnggiln tmudga tuk course yg prlu d tmudga jerr..tym isi upu tu msti korg x prsn kn ada sstgh course yg ada tnda hashtag (#)..kn3..hah..yg tulh course yg prlu tmudga..yg lain tu x prlu tmudga nnti akn dtg phak u pnggil trus check in..hah..lgi bes x yah ssh2..oklh sbnrnya bkn tu yg sya nk ckp..
Pa yg kta dpt d dunia ni smuanya dh dtntukn oleh Allah..sma dgn rezki..korang msti mac ingt kn..knp kdg2 pa yg kta nak tu kta x dpt..sbnrnya Allah sllu mmbri kta yg trbaik..
1) Di kabulkan-Nya serta merta :
Apabila doa yang kita mohon itu,memang ada manfaatnya untuk kita pada saat dan ketika itu. Bukankah Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita pada masa kita memerlukannya?Yakinlah dengan Allah.
2) Allah memakbulkan doa kita dengan cara ditunda oleh-Nya:
Allah tidak segera memakbulkan doa kita kerana Allah menundanya sehingga sampai waktu yang sesuai untuk dikabulkan-Nya. Maksudnya Allah menyimpan impian dan harapan kita sehingga pada satu saat yang paling tepat dalam kehidupan kita yang tidak kita ketahui bila,namun PASTI akan di makbulkan-Nya. Percaya dengan yakin qada' dan qadar Allah.
3)Allah memakbulkan doa kita dengan cara Allah menundakannya di akhirat nanti :
Ada kalanya Allah menunda doa kita dan disimpan untuk dikabulkan di akhirat. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diberi-Nya di akhirat daripada di dunia. Diriwayatkan bahawa di akhirat nanti akan ada seseorang yang terkejut menerima sejumlah kurniaan yang tidak terkira banyaknya dan tidak sesuai dengan amalan ibadahnya ketika di dunia. Maka dia bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku,dari mana datangnya semua ini?” lalu Allah menjawab “bukankah Aku telah perintahkan engkau agar meminta kepada-Ku apa sahaja di dunia?” maka orang itu menjawab “betul ya Tuhanku”. Maka Allah s.w.t menerangkan “Apa yang engkau mohonkan di dunia itu baru sedikit (yang diperkenankan) Aku berikan kini bakinya.Aku serahkan di akhirat” . Akhirnya orang itu akan berkata “alangkah baiknya jika Engkau memberikan apa yang aku minta di dunia itu semuanya di akhirat sahaja”.
4) Allah memakbulkan doa kita itu dengan menggantikan apa yang kita minta (apa yang kita mahu) dengan sesuatu yang lain (apa yang kita perlu):
*Dijauhkan dari kesusahan, Rasulullah s.a.w bersabda dari Jabir r.a "Tidaklah seseorang berdoa dengan sesuatu doa,melainkan Allah s.w.t memberikan sesuai dengan permohonannya itu,melainkan dijauhkan dari kesusahan. Asalkan dia tidak berdoa untuk kejahatan atauuntuk memutuskan silaturrahim"
*Dijadikan penghapus dosa, Dari Anas r.a,rasulullah s.a.w bersabda "..Bahawa Allah s.a.w menerima doa orang yang berdoa,atau digantikan untuknya,atau dipalingkan dari kesusahan yang seumpamanya atau dihapuskan dosa-dosanya"
Jadi bla kta mrsa Allah x adil atau mrsa kcewa dgn apa yg kta miliki renung2 knlh..btapa Allah brusha mmbrikta yg trbaik utk khidupn kta..sya jga mnusia biasa..dan ini adalah peringatan buat diriku yang lupa...sekian..
1 comment:
sya hrap yg mmbca ni x slh fhm ttg sya.. :)
Post a Comment